
Laporan/foto: Yusof Abd Samad (Tangkak)
TANGKAK, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) Daerah Tangkak di Dewan Jubli Intan pagi tadi telah mendapat sambutan daripada kakitangan awam di daerah ini.

Gimik Perasmian ANMS oleh Pegawai Daerah Tangkak.
Agenda ANMS bertujuan menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat sepanjang hayat.
Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim, berkata kesihatan bukan sesuatu yang mustahil untuk dinikmati seseorang namun bukan mudah untuk kekal sihat sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan kebersihan serta gaya hidup sihat.
“Tekanan daripada bebanan tugas serta kehidupan seharian mampu menggangu tahap kesihatan tubuh serta kewarasan seseorang jika tidak dapat ditangani dengan baik”, katanya selepas merasmikan AMNS di Dewan Jubli Intan.

Kakitangan awam yang hadir di program ANMS.
Menurut Hashimah Abdullah, 56, program ini dapat memberikan maklumat berguna khususnya dalam mengekalkan kesihatan di samping amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dan Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim.
-ZS-