Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kibaran Jalur Gemilang Tanda Memperingati Jasa Pejuang Negara

By 24 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 200 helai Jalur Gemilang telah diedarkan kepada orang awam di sekitar Tampin Square sebagai usaha melaksanakan inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ dalam menyambut Bulan Kemerdekaan yang bakal tiba.

Mohd Isam dan Veerapan bergambar bersama peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri Repah Veerapan Superamaniam, berkata setiap premis kerajaan dan swasta serta setiap rumah perlu mengibarkan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda memperingati serta menghargai jasa-jasa pejuang tanah air dalam membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat di daerah Tampin supaya menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai serta menghiasi rumah dan premis anda dengan Jalur Gemilang bagi ekspresi gambaran rasa cintakan tanah air kita.

Veerapan ketika memberikan ucapan perasmian.

“Rakyat di daerah Tampin juga perlu sematkan dalam diri perasaan cinta kepada Malaysia kerana ini akan memotivasikan diri agar berusaha dengan lebih baik dalam usaha memelihara warisan budaya yang kita miliki bersama,” katanya ketika merasmikan Majlis Ekspresi Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda