Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tradisi Memasak Bubur Asyura Diteruskan

By 27 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Tradisi memasak bubur Asyura yang semakin dilupakan dalam kalangan generasi muda diteruskan oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Dungun dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) secara bergotong-royong, di sini kelmarin.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai Ketua Urusetia program.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bandar Dungun Wahab Yusof, berkata objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan jalinan ukhuwah antara warga sekolah dan ibu bapa di samping meneruskan tradisi memasak bubur Asyura di bulan Muharam.

“Walaupun diadakan secara sederhana, kemeriahan dan keceriaan sesama peserta dapat dilihat semasa mereka mengacau bubur asyura secara gotong-royong.

“Sebanyak 200 pek bubur Asyura diagihkan kepada semua guru, kakitangan dan pelajar supaya mereka dapat sama-sama merasainya,” katanya.

Agihan bubur Asyura kepada pelajar.

Pesara guru sekolah berkenaan Norahan Abidin, 58, berkata aktiviti seperti ini perlu dikekalkan sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama dan merapatkan hubungan.

Beliau yang juga ditugaskan sebagai ketua jurumasak berterima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemputnya untuk sama-sama terlibat menceriakan program ini walaupun telah bersara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda