Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

30 Kontijen Sertai Festival Tarian Singa 2024

By 27 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 kontijen telah menyertai perarakan sempena Festival Tarian Singa 2024 iaitu kumpulan tarian singa dari Indonesia, Semenanjung Malaysia, Sabah selain tuan rumah Sarawak di Kuching Waterfront di sini, semalam.

Perarakan sempena Festival Tarian Singa 2024

Perarakan Tarian Singa tersebut adalah merupakan salah satu acara dalam Festival Tarian Singa 2024 dan ia merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebubayaan (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai.

Selain daripada perarakan tersebut, turut diadakan adalah persembahan kumpulan kebudayaan daripada pelbagai etnik seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Jamilah Katok (tengah) membawa anak-anaknya ke Tebingan Kuching bagi melihat perarakan Tarian Singa 2024

“Saya mendapat maklumat ini melalui Facebook dan membawa anak-anak saya datang menyaksikan perarakan malam ini, sebab budak-budak memang suka melihat perarakan terutamanya tarian singa,” ujar Jamilah Katok, 41, salah seorang penonton yang hadir.

Terdahulu, MOTAC dalam satu kenyataan memaklumkan festival yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif untuk menyemarakkan aktiviti pelancongan, kebudayaan dan ekonomi di Sarawak, khususnya di Kuching.

Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

-AA-

Tinggalkan komen anda