Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Sibu dapat Sambutan Menggalakkan

By 27 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Norhasmin Mohd Nor (Sarawak)

SIBU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai kira-kira 1,000 orang membanjiri serta memeriahkan Program Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Sibu yang telah berlangsung di Delta The Market Place, Delta Mall, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, berkata sebanyak 800 set barang keperluan harian ditawarkan pada program jualan dengan harga subsidi itu.

Suasana sekitar Program Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Sibu.

“Pada kali ini, kita mengadakan aktiviti barangan subsidi di Delta The Market Place, Delta Mall dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Sejumlah 800 set barangan lengkap yang harga asalnya RM82, dijual pada harga RM55 selepas subsidi, iaitu diskaun sehingga 32 peratus,” ujarnya.

Antara barangan yang ditawarkan pada jualan kali ini termasuk satu set telur (30 biji), beras (10 kilogram), mi segera (lima paket), Milo (1 kilogram) serta kari ayam dalam tin (405 gram).

Suasana sekitar Program Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Sibu.

Menurut Ling, setiap isi rumah adalah dihadkan kepada pembelian satu set barangan sahaja.

“Orang ramai juga berpeluang mendapat sekeping kupon yang boleh digunakan untuk membeli sebungkus susu tepung berdasarkan siapa cepat dia dapat,” jelasnya.

Tambahnya, program seumpama ini tetap diteruskan di masa bagi memastikan rakyat di kawasan ini menikmati subsidi daripada Kerajaan Madani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda