
Laporan/foto: Yusoffirman (Temerloh)
TEMRLOH, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI Keladan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Keladan Indah dan Taman Keladan Impian mengedarkan bendera Jalur Gemilang yang mengambil aspirasi kempen Kementerian Komunikasi, 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
Menurut pengerusinya Mohd Faizal Shaffie, aktiviti mengedar bendera ini adalah untuk memupuk semangat cintakan negara.

Agihan bendera kepada penduduk setempat dimulakan di lokasi memasak bubur Asyura.
“Kami menyahut kempen yang diusahakan oleh Kementerian Komunikasi ini
“Pada hari ini, kami melawat dari rumah ke rumah, mengedar, memasang dan menggantikan Jalur Gemilang yang telah lusah,” ujarnya ketika ditemui semalam.
Tambahnya lagi, ini adalah kali pertama aktiviti seumpana ini diadakan dalam kalangan komuniti setempat.
“Ini kali pertama Jalur Gemilang diagihkan secara percuma dari rumah ke rumah dan aktiviti ini sangat baik untuk membangkitkan semangat patriotik di bulan kebangsaan,” katanya.

Lebih 100 helai Jalur Gemilang diagihkan terus kepada penduduk setempat.
Penglibatan Komuniti MADANI dengan kerjasama Jabatan Penerangan dapat memberi impak yang sangat besar dalam menggerakkan kempen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
-ZS-