Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerajaan Salur Peruntukan Lebih RM800,000 Kepada 110 Usahawan Tani

By 1 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)/FB Jabatan Pertanian Negeri Perak

TELUK INTAN, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak lebih RM800,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi memberi manfaat kepada 110 usahawan tani di daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Orang ramai mengambil kesempatan mendaftar Budi MADANI

Pengarah Pertanian Perak Ts. Norsiyenti Othman, berkata peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian Perak itu bertujuan untuk memperkasa industri pertanian secara keseluruhannya menerusi pelbagai projek pertanian tanaman makanan.

“Ini membuktikan kerajaan mengambil serius tentang pembangunan industri pertanian di negeri ini dan kita perlu memastikan langkah-langkah terbaik diambil agar peluang yang ada tidak disia-siakan.

Kaunter jualan anak benih pokok menjadi tumpuan sejak awal pagi

“Semua agensi perlu bersatu dan saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Hari Ladang Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, di Pusat Latihan Pertanian Degong, di sini kelmarin.

Antara pengisian program adalah seperti pertandingan memancing, pendaftaran Budi MADANI, jualan anak benih pokok, kursus dan demontrasi kaedah pertanian, pameran jabatan dan agensi serta Jualan Rahmah MADANI.

-AA-

Tinggalkan komen anda