Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Jualan Rahmah Terus Mendapat Sambutan

By 1 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Syafiq Irman Ali/Izarina KMI

BENTONG, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI Kampung Chemomoi terus mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.

Antara barang-barang yang dijual di Program Jualan Rahmah.

Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Chemomoi Jefrry Nizam, Program Jualan Rahmah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung tersebut.

“Penduduk setempat datang seawal pukul 10.00 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan seperti telur, beras.

“Saya juga berharap Jualan Rahmah ini diteruskan di kawasan kampung yang lain kerana jualan ini dapat meringankan beban kewangan penduduk kampung,” ujarnya ketika ditemui semasa program JIWA Komuniti MADANI Kampung Chemomoi, semalam.

Persembahan tarian oleh Delima Seri Kampung Chemomoi.

Tambah beliau, selain Program Jualan Rahmah, program ini turut diserikan dengan pelbagai acara antaranya aktiviti bahasa isyarat, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan piano oleh adik Aroush Darwisya dan persembahan kumpulan tarian Delima Seri Kampung Chemomoi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda