Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan

By 1 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias

PEKAN, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Agama Islam Daerah Pekan (PAID) bersama pentadbiran daerah Pekan mengadakan majlis solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di Padang Majlis Perbandaran Pekan, di sini pagi tadi.

Solat sunat Istisqa di Padang Majlis Perbandaran Pekan.

Kadi Daerah Pekan Mohd Aris Jamin, berkata solat itu bagi memohon hujan terutama di kawasan sekitar Pekan yang dilanda musim kemarau, sekali gus mengganggu bekalan air di daerah Pekan.

“Usaha melakukan solat Istisqa hari ini bagi memohon Allah SWT menurunkan hujan khususnya di hulu Pahang.

“Apabila hujan di hulu maka air tersebut akan memenuhi sungai Pahang dan mengalir ke hilir dan logi menyedut air akan dapat berfungsi dengan sempurna,” ujarnya ketika ditemui selepas solat sunat Istisqa diadakan.

Wartawan menemu ramah Kadi Daerah Pekan.

Solat sunat Istisqa ini tadi dihadiri hampir 1,000 orang penduduk Pekan dan diimamkan oleh Ustaz Mohammad Hafizi Zilani dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah serta khutbah dibaca oleh Ustaz Mohammad Lutfi Mohd Bashir dari Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj, Pekan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda