Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Semarakkan Kampung dengan Kibaran Jalur Gemilang

By 2 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Seluruh masyarakat dalam Komuniti MADANI Kampung Pokok Sena dilihat bersepakat dan bermufaakat dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan inisiatif mengadakan Pertandingan Hiasan Rumah dan Pondok sempena Hari Kebangsaan yang ke-67.

Seramai 21 orang, telah mengambil menyertai pertandingan dengan menghiasi halaman rumah dengan beberapa kriteria pemarkahan oleh juri daripada Jabatan Penerangan Negeri Perlis seperti keceriaan, kreativiti, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan faktor wow.

Wan Salmiah membuat lukisan angka 67 sebagai simbolik 67 tahun emerdekaan negara.

Wan Salmiah Wan Kassim, 54, yang membuat lukisan angka 67 sebagai simbolik tahun kemerdekaan dilihat bersemangat menyertai pertandingan tersebut.

Bagi Ali Othman, 71, dan Fatimah Morad, 68, mereka berdua kelihatan teruja menyertai pertandingan dengan hiasan indah mengikut kreativiti mereka.

“Ayuh masyarakat di bumi bertuah ini, kita kibarkan Jalur Gemilang untuk kita bangkitkan semangat kemerdekaan,” ujar Ali Othman ketika ditemui pagi semalam.

Komuniti MADANI Kampung Pokok Sena mengadakan Pertandingan Hiasan Rumah dan Pondok sempena Hari Kebangsaan yang ke-67 bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Pertandingan tersebut turut mendapat sambutan daripada seorang belia Muhd Haikal Hariz Zulkafri, 22, yang memilih tema tradisional dengan hiasan wau memenuhi halaman kediaman keluarganya.

“Sebagai seorang belia semangat menyambut Bulan Kebangsaan terserlah apabila menyertai pertandingan.

“Saya membawa semangat anak Malaysia dan sebagai pemuda yang mensyukuri lahir sebagai generasi yang tinggal di tanah air yang merdeka,” ujarnya.

-ZS-

 

 

Tinggalkan komen anda