Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pertandingan Makan Durian dapat Sambutan Pengunjung

By 12 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim (Pahang)

BENTONG, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertandingan Makan Durian yang dianjurkan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang mendapat sambutan menggalakkan.

Fadilah Abdul Shani bersama hadiah yang terimanya.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Bentonf Muhammad Khairul Azmi Abu Johan, pertandingan ini pertama kali dianjurkan sempena Hari Durian Sedunia yang disambut pada setiap tahun dan mengikut musim durian yang mana setiap daerah turut mengadakan pertandingan ini.

“Sambutan yang diterima daripada orang ramai amatlah menggalakkan dan penyertaan terbuka kepada 20 orang peserta sahaja.

“Program diadakan secara santai sambil makan dan menang, selain itu turut diadakan happy hour makan durian kepada pengunjung di reruai pameran,”ujarnya ketika ditemui Sabtu lalu.

Juri-juri pertandingan sedang membuat pemilihan pemenang.

Pemenang tempat pertama Fadilah Abdul Shani, 44, dari Kampung Benus, Chegar Medang, di sini tidak menyangka memenangi pertandingan ini kerana menyertainya sekadar mencuba.

“Adik yang mendaftar nama saya untuk masuk bertanding,” katanya.

Beliau memenangi Set Kit Pertanian Bandar dan beberapa biji durian musang king.

Sementara itu, pemenang tempat kedua Seeta Rajandran, 34, dari Desa Raman, yang meminati durian dan buah-buahan tempatan juga sekadar mencuba nasib masuk bertanding.

“Pada kebiasaannya apabila ada program sebegini saya pasti akan menyertainya sekadar suka-suka bukanlah untuk menang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda