Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerak

NADI Bantu Perkembangan Ekonomi Komuniti

By 16 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Arul Perumal (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersedia menghulurkan bantuan latihan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi usahawan.

Peserta diberi pendedahan mengenai NADI.

Ia selaras dengan objektif penubuhan NADI iaitu untuk memperkasa dan meningkatkan potensi komuniti melalui program latihan yang dijalankan agar taraf hidup komuniti terutama golongan sasar dapat ditingkatkan sekaligus merapatkan jurang sosioekonomi.

Pengurus NADI Kampung Selekoh Nooramira Adira Mat Radzi, berkata sehingga kini, seramai 1,273 pengguna telah hadir untuk mendapatkan perkhidmatan di cawangan NADI tersebut dan sebanyak 363 peserta telah menyertai pelbagai program latihan yang ditawarkan.

Nooramira menerima penghargaan daripada Pegawai Penerangan Daerah Bagan Datuk.

“Sebanyak 20 usahawan telah dilahirkan dan berada di bawah bimbingan NADI Kampung Selekoh dan antara latihan yang telah diterima oleh usahawan ini termasuklah kelas pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan latihan pemasaran melalui platform dalam talian seperti TikTok dan Shopee.

“Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan latihan daripada pihak NADI bolehlah mengunjungi cawangan NADI terdekat yang mana waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali cuti umum bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang,” ujarnya ketika menyampaikan taklimat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Selekoh di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda