
Laporan/foto: Surina Simat
MARAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Acara yang menarik perhatian peminat sukan basikal, Monton Fellowship 2024 telah diadakan sekali lagi bertempat di Laman Qalbu, di sini hari ini dengan jarak kayuhan sejauh 113 kilometer.

Sebahagian peserta yang menyertai acara.
Kali terakhir acara ini diadakan pada tahun 2022 namun diperkemaskan lagi pada tahun ini apabila berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari dalam dan luar negara.
Menurut salah seorang peserta, Mohd Najihuddin Jusoh, 35, beliau menyertai acara ini sebagai sokongan kepada penganjur program.
“Saya menyertai Monton Fellowship 2024 sebagai salah satu cara saya menzahirkan sokongan terhadap sukan berbasikal disamping merapatkan hubungan sesama penunggang basikal,” ujarnya.

Mohd Najihuddin Jusoh salah seorang peserta yang menyertai acara berbasikal ini.
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Maran dan bakal menjadi acara tahunan.
-ZS-