
Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

Atlet-atlet taekwondo Sarawak.
KUCHING, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Randy Owen anak Augustine Linggi, 19, yang berasal dari Pasir Tengah, Lundu, Sarawak kini menjadi pemenang pingat terbanyak bagi acara tekwando SUKMA XXI Sarawak 2024 dengan memperolehi tiga pingat emas dan satu perak.
Randy memenangi emas dalam kategori individu lelaki poomsae, pasukan lelaki poomsae dan gaya bebas pasukan manakala pingat perak manakala pingat perak diraih menerusi kategori beregu campuran.
“Saya bermula dalam sukan taekwondo di Sekolah Menengah Lundu pada usia 13 tahun dan Ini merupakan kali pertama saya menyertai SUKMA dan berasa sangat gembira kerana memperolehi banyak pingat,” kata Randy Owen yang berhasrat untuk terus berjaya dalam bidang sukan ini.
Acara taekwondo SUKMA XXI 2024 yang bermula dari 16 hingga 20 Ogos dan kem taekwondo Sarawak merupakan penyumbang pingat emas terbesar buat kontinjen Sarawak dengan menghadiahkan 11 pingat.
-ZS-