Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Nasi Talam Hidangan Istimewa Kariah Permatang Tok Gelam

By 20 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani/E’liasak Omar (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Setiap kali mengadakan sambutan atau majlis di kariah Masjid Permatang Tok Gelam, hidangan nasi talam pasti menjadi tumpuan.

Sajian nasi talam yang membuka selera.

Hidangan yang menjadi trademark (tanda dagangan) kariah ini turut melambangkan silaturahim dan semangat gotong-royong yang utuh dalam kalangan anak-anak kariah.

Menurut Ahmad Naim Yaakob, 31, mereka akan menyiapkan hidangan istimewa ini, bermula dari proses menyediakan bahan-bahan, memasak, sehinggalah menghidangkan kepada para tetamu.

“Suasana gotong-royong ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama mereka, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab dan cinta kepada ahli-ahli kariah.

Kariah Permatang Tok Gelam terus melestarikan warisan nasi talam disamping menghidupkan amalan sunnah Rasulullah.

“Setiap kali ada majlis di masjid, kami semua akan berkumpul untuk memasak secara bergotong-royong oleh anak-anak kariah masjid, yang juga terdiri daripada golongan muda yang mewarisi tradisi turun-temurun ini,” katanya kelmarin.

Katanya, hidangan ini bukan sahaja enak dinikmati secara bersama, tetapi turut membawa mesej perpaduan yang jelas dalam mengukuhkan lagi semangat kariah Permatang Tok Gelam sebagai satu komuniti yang erat dan harmoni.

“Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan, berkongsi cerita dan menanam rasa kebersamaan antara kami dan saya rasa bertuah dapat menjadi sebahagian daripada komuniti ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda