
Laporan/foto: Fadillah Abdul Latif (Melaka)
MERLIMAU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2024 telah berlangsung di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, pada Isnin yang dirasmikan oleh Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Ts. Abdul Razal Sabtu.

Ts. Abdul Razak Sabtu Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2024.
Seramai 504 graduan daripada enam buah Kolej Komuniti Negeri Melaka diraikan pada majlis ini.
Menurut Abdul Razal, bagi menyediakan fasiliti yang kondusif supaya pelajar mendapat pendidikan berkualiti buat julung kalinya pada tahun ini jabatan telah diberikan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Projek Baik Pulih Fasiliti Usang dan bagi menaik taraf kelajuan Internet.
“Jabatan telah menerima dana berjumlah RM16.7 juta di bawah peruntukan pendigitalan bagi projek yang dijangka siap pada hujung 2024 dan bakal memberi manfaat kepada pelajar.

Ts. Abdul Razak Sabtu bersama-sama enam pengarah Kolej Komuniti Negeri Melaka.
“Politeknik dan Kolej Komuniti telah menerima seramai hampir 30,000 pelajar baharu Sesi 1 2024/2025, jumlah ini merupakan sejarah besar buat jabatan dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sentiasa mendapat sambutan di luar jangka dan sehingga kini, penyertaan PSH adalah tiga juta dengan setiap tahun berjaya mencapai sasaran hampir 200,000 penyertaan,” katanya.
Katanya lgi, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bukan lagi pilihan kedua tetapi menjadi laluan utama pendidikan tinggi negara.
“Ini terbukti melalui kesungguhan pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda TVET Nasional standing dengan negara maju lain seperti Jerman, Australia, Jepun, Korea, China dan Singapura,” katanya.
-ZS-