Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Fit Malaysia Fit Komuniti @Jeli Galak Gaya Hidup Rakyat Bersukan

By 21 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 21 Ogos 2024 (Malaysiaaktif) – Fit Malaysia Fit Komuniti yang berkonsepkan kecergasan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dan umur bermatlamat untuk membudayakan sukan sebagai salah satu gaya hidup masa kini.

Pegawai Belia Dan Sukan Merasmikan Program Fit Malaysia Fit Komuniti @Jeli.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli Hazmanita Che Hamid, banyak faedah baik menerusi amalan gaya hidup aktif menerusi aktiviti sukan kerana dapat merangsang badan dan otak untuk sentiasa bertenaga, sihat dan fokus.

“Melalui kerjasama setiap jabatan dan agensi, program begini dapat mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina,” katanya.

Hazmanita, berkata demikian di Program Fit Malaysia Fit Komuniti @Jeli yang disertai seramai 50 orang penjawat awam daripada pelbagai agensi di Dataran Ilmu Bandar Jeli, hari ini.

Penglibatan penjawat awam daripada pelbagai agensi di Daerah Jeli.

Penjawat awam Mohamad Daud, 54, berkata Fit Malaysia ini boleh menjadi identiti bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas.

Fit Malaysia Fit Komuniti @Jeli diisi dengan acara regangan dan berjalan kaki sejauh tiga kilometer dan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda