Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Van MEKAR Masuk Kampung

By 26 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf

JERANTUT, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Van MEKAR Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang menjadi tarikan masyarakat setempat untuk membuat gantian kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Ceramah oleh AADK Daerah Jerantut.

Menurut Pegawai Pendaftaran Daerah Jerantut Mohd Pisol Abu Talib perkhidmatan ini merupakan antara salah satu program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat permohonan kad pengenalan 12 tahun, gantian kad pengenalan hilang atau rosak atau bertukar alamat, urusan pendaftaran kelahiran, cabutan daftar kelahiran, urusan daftar kematian dan cabutan daftar kematian di lapangan.

“Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan bergerak untuk memudahkan lagi masyarakat berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara,” ujarnya.

Perkhidmatan MEKAR ini diadakan bersama program JIWA Komuniti Madani Peringkat Daerah Jerantut di Kampung Sungai Lekok, di sini semalam.

Pemeriksaan kesihatan turut disediakan.

Selain itu beberapa agensi turut bersama turun padang menyediakan pameran dan perkongsian maklumat melalui slot ceramah yang disediakan, antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah, Perpustakaan Awam Daerah dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Daerah.

Program dirasmikan oleh Mohd Firdaus Hamid yang mewakili Pegawai Daerah Jerantut.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Jerantut Mohd Rafly Mohd Satar, Ketua Komuniti MADANI Kampung Jeransong Chan Kwai Lan, Ketua Komuniti MADANI Kampung Sungai Jan Madam Ko Chwe Hon.

-ZS-

Tinggalkan komen anda