Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kibarkan Jalur Gemilang Mengikut Garis Panduan yang Betul

By 29 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md Suhaimi/Nurul Ain Kamil

GEORGE TOWN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Usaha menggelorakan semangat patriotisme sempena meraikan Bulan Kebangsaan terus diperhebat oleh Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang menerusi edaran Jalur Gemilang ke beberapa Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sekitar Pulau Pinang.

Wakil Pusat khidmat Rakyat Parliemn Batu kawan menerima serahan Jalur Gemilang daripada pegawai bertugas.

ADUN Pantai Jerejak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri Fahmi  Zainol, berkata apabila Bulan Kebangsaan tiba, kita dapat melihat semangat rakyat yang berkobar-kobar memasang bendera di mana-mana dan sikap ini amat membanggakan dan harus dipuji.

“Namun begitu, dalam keterujaan mengibarkan Jalur Gemilang penting untuk kita pastikan pemasangan bendera dilakukan dengan cara yang betul.

“Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara, rujuklah Jabatan Penerangan atau laman web yang sahih sebagai panduan pemasangan,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat ADUN Pantai Jerejak, kelmarin.

Serahan Jalur Gemilang kepada wakil Pusat Khidmat ADUN Air Putih.

Kempen edaran Jalur Gemilang ini sejajar dengan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bertujuan menggalakkan orang ramai mengibarkan bendera di premis masing-masing, sama ada di rumah, tempat kerja, kedai, mahupun kenderaan persendirian di sepanjang Bulan Kebangsaan ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda