Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Raja Muda Selangor Mencemar Duli ke Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Klang

By 29 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Hafiz Muhd

KLANG, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke Program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) Peringkat Daerah Klang selama tiga hari bermula semalam sehingga 30 Ogos 2024.

Tuanku mencemar duli ke Padang Seni Safari.

Menurut Pegawai Daerah Klang Amri Ismail, Klang merupakan destinasi ketiga Tuanku selepas Kuala Langat dan Sepang.

“Di Klang, sebanyak 17 lokasi akan dijejaki oleh Tuanku antaranya Restoran Chong Kok Kopitiam, Ladang Ternakan Rusa, Homestay De’5, Pulau Ketam, Mangrove Point, Padang Seni Safari dan lain-lain.

“Program seumpama ini mendekatkan Institusi Diraja dengan masyarakat dan pada hari ini Tuanku telah hadir ke Kompleks Pejabat Daerah Tanah Klang,” katanya, di sini semalam.

Masyarakat setempat dari pelbagai kaum menunggu ketibaan pemimpin mereka sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Seramai enam orang ketua jabatan telah mempersembahkan kertas kerja berkenaan jabatan masing-masing untuk makluman Tuanku antaranya Pegawai Daerah Klang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Ketua Polis Daerah Klang Selatan dan Utara, Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda