Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semangat Patriotisme perlu Dipupuk Sejak Peringkat Kanak-kanak

By 29 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat patriotisme serta semangat cinta akan tanah air perlu diterap bukan sahaja dalam kalangan golongan dewasa malah ia perlu dipupuk sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Peserta program mengibarkan Jalur Gemilang.

“Nilai cintakan tanah air harus diterapkan sejak tabika lagi. Ini kerana generasi muda akan lebih menghayati dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar,” kata pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pokok Sena Norzaima Naain Zainal di Program JIWA Komuniti @ Merdeka Komuniti Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah, di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bersama murid-murid dan waris antaranya Pakaian Merdeka Tercantik, Sukaneka Kanak-Kanak, Pertandingan Lipatan Kuih Ketayap dan Pertandingan Boling Kelapa.

Program tersebut merupakan kerjasama Tabika KEMAS Teluk Wanjah, Tabika KEMAS Taman PKNK dan Tabika KEMAS Taman Seri Derga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda