Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Wira Lahad Datu yang Ditetak dan Ditembak Bercerita Tentang Op Daulat

By 30 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – ‘Lara Lahad Datu’ adalah sebuah tajuk bagi Program Pengisahan Sejarah 2024 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) yang telah diadakan pada hari ini berdasarkan kepada peristiwa benar di Malaysia yang berlaku pada Februari 2013.

Panel jemputan, Ketua Unit Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Hasnal Jamil, menceritakan seluruh negara pada waktu itu, dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

DSP Hasnal berharap masyarakat Malaysia tidak lupa jasa wira negara yang telah tiada.

“Peristiwa tersebut membawa kepada pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul yang akhirnya pihak keselamatan telah berjaya menumpaskan 68 orang pengganas,” katanya.

Pengisahan Op Daulat pada hari ini juga adalah memperingati 11 tahun peristiwa pencerobohan Kampung Air Simunul di Semporna, Sabah oleh Polis Diraja Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 bagi tahun 2024.

‘Lara Lahad Datu’ yang diceritakan semula oleh DSP Mohamad Hasnal, mengimbas kembali bagaimana pencerobohan itu bermula sehingga kejayaan para wira negara menumpaskan pengganas mengundang perasaan sebak para hadirin yang hadir mendengarkan kisah sebenar ini.

“Saya bercerita kisah benar yang berlaku ini, dengan harapan anak-anak bangsa kini menghayati dan mensyukuri akan nikmat kemakmuran yang dikecapi, terutama penghargaan kepada wira-wira negara yang terkorban.

Cenderahati daripada PPANPs kepada ahli panel.

“Pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah sehingga membawa kepada pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, yang turut mengorbankan 68 pengganas Sulu ini akhirnya telah mewujudkan ESSCOM pada hari ini iaitu ‘Eastern Sabah Security Command’ dalam memastikan kejadian seperti ini dapat dikekang dan diawasi dari awal,” ujarnya ketika sesi dialog yang diterajui oleh moderator yang juga Penerbit Rancangan, Jabatan Penyiaran (RTM) Perlis Wan Mohd Ryan Rohidar.

Walaupun kini filem Lahad Datu sedang ditayangkan di pawagam, namun para hadirin yang hadir menitiskan air mata mendengar sebuah kisah yang dilalui oleh para anggota PDRM dan juga ATM yang akhirnya menumpaskan pengganas tersebut yang telah mengorbankan sepuluh nyawa wira negara.

Konflik yang telah meragut 10 nyawa wira negara daripada PDRM dan juga ATM akhirnya diisytihar tamat pada 10 April 2013.

-ZS-

Tinggalkan komen anda