Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Musang Berjanggut Uji Ketelitian dan Kesabaran

By 31 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Norsahira Mohd Nasir

KOTA BHARU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Permainan musang berjanggut nampak mudah tapi memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Nur Ain Abdullah, 35, berkata kesabaran yang tinggi adalah apabila perlu mengasingkan semua bahan-bahan yang bercampur aduk.

Nur Ain Abdullah, mengasingkan bahan berasaskan masakan permainan musang berjanggut di kampung Tembesu Limbat.

“Nampak senang tapi bukan mudah, hanya 30 minit masa di berikan untuk mengasingkan bahan tersebut.

“Pemenang dikira berdasarkan kepada kumpulan yang pantas mengasingkan bahan-bahan tersebut yang berasaskan bahan masakan,” katanya yang hadir awal pagi bagi menyertai program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat DUN Pasir Tumboh hari ini.

Sementara itu, warga emas, Zakaria Mahmood, 74, yang sekadar mencuba nasib pertandingan congkak berjaya membawa pulang hamper saguhati.

Zakaria, berkata dia sama sekali tidak menyangka akan mendapat saguhati kerana tidak pernah bermain congkak.

Zakaria Mahmod (berkopiah) menyertai pertandingan congkak anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu sempena program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Pasir Tumboh di kampung Tembesu Limbat.

“Sukan rakyat sebegini harus diteruskan supaya generasi muda tahu dan kenal permainan tradisi ini,” ujarnya.

Manakala Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Mohd Zamzuri Salleh yang hadir merasmikan program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Pasir Tumboh, berkata tidak kira tua atau muda aspek kesihatan perlu diberi penekanan untuk kekal sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda