Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Jiwa Komuniti Madani@Merdeka Galak Penyertaan Aktif Rakyat dalam Program Kerajaan

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka mempromosikan pentingnya penyertaan aktif rakyat dalam program-program kerajaan.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek program itu juga dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat tentang pentingnya menyokong usaha kerajaan melalui program-program yang melibatkan komuniti.

Pegawai Penerangan Labuan sedang memberi taklimat mengenai RTM Klik.

“Peranan pihak berkepentingan seperti sektor swasta, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Komuniti MADANI dan masyarakat dalam membantu pelaksanaan dasar dan tindakan kerajaan amat diperlukan kerana setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

“Program ini juga menerapkan semangat dan sikap yang perlu ada dalam setiap anggota masyarakat, terutamanya dalam konteks Negara yang telah mencapai kemerdekaan selain melibatkan beberapa elemen penting yang menyokong perpaduan, kesejahteraan, dan pembangunan Negara,” katanya semasa merasmikan program itu, di sini semalam.

Simsudin (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada para ahli komuniti terpilih.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Labuan bersama Komuniti MADANI Al-Fazza, Komuniti MADANI Sri Kembangan Labuan dan JPKK Bukit Kuda atas inisiatif pelaksanaan program itu.

Pada program itu para tetamu yang hadir telah diberi taklimat mengenai isu semasa seperti inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Aplikasi ‘Price Catcher’ dan RTM Klik.

Hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Farahani Mohd Asli, Ketua Komuniti MADANI Al-Fazza Norzizah@Nani Gani, Ketua Komuniti MADANI Sri Kembangan Syairol Sabtu dan Ketua Kampung Bukit Kuda Zulkiflee Malik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda