Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lintas Langsung Pesawat F/A-18D Hornet Memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)/Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia

ALOR SETAR, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seawal pukul 6.00 pagi, Dataran Medan Bandar Alor Setar telah mula dibanjiri oleh pengunjung bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 Peringkat Negeri Kedah terutamanya bagi menyaksikan lintas langsung pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang julung kalinya diadakan di negeri Kedah.

Lt Kol Faizal Pesawat F/A-18D bersiap sedia untuk beraksi di Putrajaya dan Dataran Medan Bandar Alor Setar.

Empat pesawat tersebut telah diterbangkan bermula dari Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya seterusnya melakukan pelbagai aksi di udara untuk dipertontonkan kepada khalayak di sini semalam.

Pesawat yang berkelajuan 600 km/jam pada ketinggian 304 kaki ini dibawakan khas dari No 18 Skuadron, Pengkalan Udara Butterworth telah diketuai oleh Pegawai Memerintah No 18 Skuadron, Lt Kol Faizal TUDM, callsign Monk.

F/A-18D Hornet berupaya melakukan pelbagai jenis serangan udara seperti air combat, aerial bombing, electronic warfare dan paling mengujakan para pengunjung adalah keupayaannya yang boleh diterbangkan pada sudut yang tinggi tanpa keraguan.

Pesawat F/A-18D membuat persiapan sebelum beraksi di Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya sebelum meneruskan aksi di Dataran Medan Bandar Alor Setar/

Salah seorang pengunjung yang ditemui semalam Zarina Abdullah, 49, merasakan perbezaan sambutan tahun ini yang amat luar biasa dari segi persembahan udara dan kehadiran pengunjung yang lebih ramai.

“Sambutan pada kali ini sangat istimewa terutama dengan kehadiran pesawat pejuang dan penyertaan kawad kaki daripada pelbagai agensi yang sangat luar biasa dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda