
Laporan/foto: Nor Juliana Jamri
BALAKONG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Program Zumba Merdeka menyatukan kebersamaan hubungan jiran tetangga di Padang Fasa 1, Bandar Damai Perdana, di sini semalam.
Menurut salah seorang peserta, Azman Ahmad, 57, aktiviti senaman seperti zumba ini dapat menyihatkan badan dan juga mengeratkan hubungan di antara komuniti.

Salehuddin Klewan berucap di Program Zumba Merdeka.
“Faktor kesibukan kerja dan kekangan masa membataskan kami untuk selalu berhubung tetapi apabila program sebegini dianjurkan dengan penyertaan komuniti setempat ia memberi peluang kepada kami untuk menyertai program ini” katanya.
Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat Salehuddin Klewan, berkata program zumba ini memberi kelainan dengan menerapkan elemen kemerdekaan melalui rangkaian lagu patriorik.
“Kreativiti program zumba ini menjadi tarikan kaum lain untuk sama-sama menyertai program berbentuk patriotik.

Sesi bergambar bersama peserta.
“Semangat kemerdekaan dapat dirasakan dengan kesungguhan peserta menyertai aktiviti zumba ini” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.
Zumba Merdeka diadakan sempena Program JIWA Komuniti Madani Bandar Damai Perdana anjuran Komuniti Madani Bandar Damai Perdana.
Program ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong Ong Chun Wei, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 5 Tan Kah Hoe, Ketua Komuniti MADANI Bandar Damai Perdana Chong Chi Qing dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Damai Perdana Soo Xiu.
-ZS-