Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kesopanan dan Kesusilaan Kriteria Pertandingan Pakaian Ber’ias

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hanapiah

KANGAR, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk di sekitar Padang Besar Selatan pada hari ini meneruskan menyemarakkan Hari Kemerdekaan dengan aktiviti bersama akar umbi.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Pekan Kuala Perlis Kamaruddin Malek, program pada hujung minggu ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak di bawah kawasan komuniti tersebut.

Bunga raya sebagai tata hias, bak ‘Prinsip Rukun Negara’, pertandingan yang mengetengahkan konsep kenegaraan.

“Kanak-kanak yang turut serta dalam pertandingan dan program pada hari ini, sekurang-kurangnya tahu asas tentang pengetahuan semasa atau yang sedang berlaku sekeliling iaitu seperti Sambutan Hari Kebangsaan, tema sambutan tahun ini dan tentunya bagaimana untuk mereka tahu makna-makna Jalur Gemilang.

“Pertandingan Beri’as ini bukan hanya memupuk kreativiti, tetapi juga yang lebih penting tahu akan kebudayaan dan juga tahu setiap warna-warna Jalur Gemilang dengan antara kriteria pemarkahan adalah Kesopanan dan Kesusilaan”, ujar beliau yang ditemui di perkarangan Masjid al-Firdaus, di sini pagi tadi.

Aktiviti ‘Kayuh Gerek’ yang direka hias basikal dengan kreativiti.

Pertandingan Beri’as tersebut telah disertai oleh 13 orang kanak-kanak dan antara kriteria utama pemarkahan bagi pertandingan adalah kesopanan dan kesusilaan.

Program JIWA Komuniti MADANI @ Merdeka di bawah kelolaan Pekan Kuala Perlis turut mengadakan konvoi merdeka sekitar Sungai Berembang yang juga turut melibatkan kanak-kanak berbasikal.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan antaranya Pertandingan Mewarna, Nyanyian Lagu Patriotik dan juga cabutan bertuah.

Program JIWA Komuniti @ Merdeka ini turut mendapat kerjasama daripada penduduk sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda