Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kayuhan Jiwa Komuniti Merentasi Tiga Negeri

By 2 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan kali ini disambut dengan kelainannya yang tersendiri apabila penduduk Kampung Tebuk Mat Rashid melakukan aktiviti kayuhan Merdeka merentasi tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Program JIWA Komuniti @ Merdeka Komuniti Bagan Samak.

Hentian Dataran Ampang Jajar Seberang Perai Selatan.

“Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk.

“Selain memupuk semangat patriotisme peserta juga didedahkan dengan ceramah kemerdekaan yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu Siti Nor Asikin Haria,” kata Ketua Komuniti MADANI Bagan Samak Md Shariff Musa, 61, kepada Malaysia Aktif semalam.

Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Nor Rahila Mohd Yusof turut serta dalam kayuhan dan berhenti di tiga hentian iaitu di Dataran Ampang Jajar Seberang Perai Selatan, Dewan Merdeka Kerian dan Dataran Bandar Baharu.

Pegawai Penerangan Daerah sedang memberi ceramah kepada para peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda