
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)
MELAKA, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim mengamatkan suasana penganjuran Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Parlimen Hang Tuah Jaya: Fun Walk Merdeka Hang Tuah Jaya apabila orang ramai berkerumun untuk bergambar bersamanya.

Ucapan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB pada Sabtu lalu telah menghimpunkan hampir 1,500 orang peserta dari seluruh negeri Melaka bagi menjalankan aktiviti santai bersama pemimpin masyarakat setempat.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Ab Rasil Hajatil, pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan oleh Komuniti MADANI melalui peruntukkan yang disalurkan dan salah satunya program yang dianjurkan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Peserta ‘fun walk’.
“Mewakili pihak penganjur merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara terus dalam program ini yang mana jalinan sebagai rakan strategik ini dapat diterapkan serta dimanfaatkan sebaiknya pada program-program akan datang,” ujarnya.
-ZS-