
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Maxim
LABUAN, 3 Sep (Malaysiaaktif) –Wakil Maxim E-hailing Labuan meraikan Hari Kebangsaan dengan melawat anak-anak yatim di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, di sini pada 31 Ogos lalu.

Para penghuni Kompleks Darul Kifayah gembira dapat bermain permainan khas yang dibawa Maxim.
Pengarah Maxim Malaysia Mohd Hazwan Musley, berkata aktiviti itu menjadi usaha tahunan Maxim E-hailing apabila kami memutuskan untuk meneruskan program bersama anak-anak yatim sejak tahun lalu.
“Ia juga merupakan simbol perkhidmatan kami untuk berkongsi kebaikan dan membantu orang yang memerlukan, senyuman di wajah mereka adalah matlamat kami untuk menambah baik dan bekerja lebih keras pada masa hadapan supaya kami dapat menyampaikan keperluan mereka setiap tahun.
“Wakil dari Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.
Jelasnya, Maxim turut menyumbangkan barangan keperluan dan menganjurkan beberapa aktiviti untuk menceriakan para penghuni di situ.

Para pemandu Maxim bersama para penghuni Kompleks Darul Kifayah.
“Selain memberi sumbangan keperluan anak yatim seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik para pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim.
“Anak yatim menikmati kegembiraan sempena hari kemerdekaan lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka,” katanya.
-ZS-