Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kanak-Kanak Pamer Semangat Patriotisme Sambut Hari Merdeka

By 4 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Para pelajar, guru, pembantu guru dan waris Tabika Kemas PKNK dan Tabika Kemas Teluk Wanjah hari ini mempamerkan semangat patriotik untuk menyambut Hari Kebangsaan sempena Program Jiwa Komuniti@Merdeka Komuniti Madani Jalan Tun Razak – Jalan Stadium di Tabika Kemas Taman PKNK.

Kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.

Kesemua pelajar mempamerkan semangat tersebut dengan mengelilingi sekitar Taman PKNK, di sini dengan menggayakan pakaian patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama dengan ibu bapa dan guru-guru.

“Aktiviti sempena Sambutan Hari Kebangsaan itu bertujuan memupuk rasa sayangkan negara di samping menyemai semangat menghargai nikmat kemerdekaan dan keamanan dalam kalangan para pelajar,” kata Ketua Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium, Zamani Hanafi, 62, ketika ditemui.

Pertandingan Pakaian Patriotik.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Pulut Kuning, Pertandingan Sepak Penalti, Pakaian Merdeka Tercantik dan Pertandingan Mewarna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda