Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Masyarakat Orang Asli Teruja Rai Sambutan Hari Kebangsaan

By 5 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Komuniti masyarakat Orang Asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar turut tidak melepaskan peluang meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir berharap agar perarakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri dan daerah turut melibatkan peserta daripada masyarakat Orang Asli.

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Merdeka yang cukup bersejarah di Dewan JPKKOA, di sini semalam yang merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak dengan kerjasama Komuniti MADANI RPS Kemar itu bertujuan menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang jauh dari bandar.

Pengerusi penduduk RPS Kemar Kamel Alang, 38, meluahkan rasa syukur atas penganjuran program oleh Jabatan Penerangan bersama masyarakat Orang Asli.

“Kehadiran orang ramai dan pemimpin-pemimpin tempatan dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.

Mohammad Rosiah tidak melepaskan peluang untuk mencuba menyumpit.

“Saya juga berharap program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan pelajar sekolah serta pertandingan lain seperti deklamasi sajak dan syair,” katanya ketika ditemu bual.

Antara pengisian program adalah pertandingan lagu patriotik, replika Malaysia Madani, sepak raga ratus, mewarna dan menyumpit.

Program yang penuh meriah itu dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hulu Perak Mohammad Rosiah Ahamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda