Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Karnival Makmur 2024 Peringkat Daerah Rompin Bantu Peniaga Raih Pendapatan

By 7 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faisal Ishak/Mohd Suhaizad Abd. Samad (Rompin)

ROMPIN, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Karnival Makmur 2024 Peringkat Daerah Rompin yang berlangsung pada 6 hingga 8 September ini mampu meningkatkan pendapatan peniaga di daerah ini dan kawasan sekitarnya.

Menurut salah seorang peniaga Hasnah Hassan, 53, penganjuran program seperti ini sekali gus dapat membantu beliau meningkatkan jualan.

Lebih dari 10,000 orang pengunjung hadir memeriahkan suasana.

“Alhamdulillah, secara tidak langsung pendapatan kami peniaga-peniaga kecil meningkat apabila ada penganjuran program seperti ini,” katanya yang menjual makanan dan minuman ringan.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Ir. Razali Kassim di Pantai Hiburan, Kuala Rompin mengangkat tema ‘Air dan Alam Sekitar’.

Dalam ucapannya, Razali menyeru seluruh rakyat negeri Pahang amnya dan daerah Rompin khasnya, untuk terus menjaga dan melestarikan alam sekitar supaya generasi akan datang agar dapat terus menikmatinya.

Gerai jualan yang menjual berbagai jenis makan dan minuman dari peniaga-peniaga tempatan.

“Selain itu, melalui penganjuran Karnival Makmur ini juga dapat meningkatkan ekonomi terutama peniaga-peniaga kecil tempatan serta menaikkan nama Pantai Hiburan sebagai destinasi utama pelancongan di daerah Rompin,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuas Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Sabariah Saidan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman Datuk Seri Haji Johari Haji Hussin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda