Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPulau Pinang

Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang

By 8 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Walaupun keadaan hujan di sekitar Butterworth, ia tidak mematahkan semangat buat para pengunjung yang hadir di Program Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam sempena Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Utar, semalam.

Ucapan oleh Dr. Mohamad.

Program yang bertemakan ‘Kepimpinan Inspirasi, Sejahtera Insani’ anjuran Al-Hady Centre Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan Penang Halal International.

Tujuan utama adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan kepimpinan yang berkualiti dalam memastikan kesejahteraan ummah.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Menurut beliau negara yang sejahtera tanpa perbalahan sesama kaum merupakan satu nikmat yang paling bernilai bagi kesejahteraan ummah.

Suasana di dalam masjid.

“Rasul diutuskan oleh Allah SWT di dunia ini untuk membina perpaduan dalam kalangan manusia dan membanteras sifat-sifat mazmumah yang boleh memecahbelahkan kesejahteraan masyarakat sejagat,” katanya semasa berucap.

“Untuk mewujudkan perpaduan ummah dalam sesebuah negara yang berbilang agama dan bangsa memerlukan model kepimpinan inspirasi hebat seperti Rasulullah SAW yang merupakan junjungan besar umat Islam yang perlu disanjungi,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Forum Ilmiah, Bengkel Tahsin al-Quran, Sukan Rakyat, Jualan Rahmah, pameran agensi-agensi Islam Pulau Pinang, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta gerai-gerai jualan makanan dan produk halal.

Turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sahibus Samahah Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Haji Rosidi Hussain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda