Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Peranan Ahli Farmasi Semakin Berkembang bagi Memenuhi Keperluan Penjagaan Kesihatan Semasa

By 8 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Peranan ahli farmasi kini dilihat semakin berkembang bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan semasa dan salah satunya dapat dilihat ketika peralihan perkhidmatan farmasi daripada product centered services kepada patient-centered services.

Lebih seribu orang telah menghadiri Karnival Kenali Ubat Anda Sambutan Hari Farmasi Sedunia dan Sambutan Hari-Hari Kesihatan Peringkat Negeri Perlis 2024.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr. Ghazali Chik, kini ahli farmasi merupakan salah satu penyedia kesihatan yang paling mudah diakses dan dipercayai serta merupakan penyumbang kepada kesihatan awam.

“Antara patient-centered services yang ditawarkan termasuklah perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan yang kini juga dilaksanakan secara maya, Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-Ubatan di Rumah (Home Medication Review (HMR)), Klinik Kepatuhan Pengubatan (Medication Adherence Therapy Clinic (MTAC)) dan yang terkini adalah Pharmacy Integrated Community Care (PICC),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Kenali Ubat Anda, Sambutan Hari Farmasi Sedunia dan Sambutan Hari-Hari Kesihatan Negeri Perlis di Tapak Kawasan Lapang Kangar Jaya, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis melepaskan peserta Perlis Pharmacy Run 2024.

“Sempena sambutan Hari Farmasi Sedunia pada tahun ini, saya berharap agar ahli farmasi sentiasa komited dalam memberi khidmat yang terbaik demi kesihatan rakyat negara ini terutamanya di negeri Perlis,” ujar Ghazali.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sepanjang karnival tersebut seperti penyertaan lebih seribu peserta larian Perlis Pharmacy Run 2024 dan turut di adakan sesi perkongsian ilmu kesihatan dan pameran amalan gaya hidup sihat.

“Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun untuk menghargai peranan ahli farmasi dalam sektor penjagaan kesihatan dan tema sambutan pada tahun ini ialah “Pharmacists: Meeting Global Health Needs.

“Selain dari itu, ahli farmasi juga secara berterusan sentiasa memberikan pendidikan kepada masyakat berkaitan pengunaan ubat secara berkualiti melalui Kempen Kenali Ubat Anda,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda