Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pasar Raya Ehsan Mart Bakal Dibuka di 56 DUN – Amirudin

By 9 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Pasar raya Ehsan Mart bakal dibuka di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjelang tahun 2027.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pasar raya berkenaan merupakan kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang diperkenal sejak 2022.

“Sejak pelancaran JER, lebih 4,000 lokasi di seluruh Selangor telah dilawati dengan jumlah perbelanjaan subsidi sebanyak RM58.7 juta.

(Dari kanan) Dr. Mohamad Khairil, Amirudin dan Ir. Izham menunjukkan barangan jenama Ehsan yang dijual di Pasar raya Ehsan Mart DUN Sungai Tua.

“Kita terima maklum balas yang sangat positif daripada rakyat dan kini melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan Ehsan Mart sebagai platform jualan yang lebih sistematik dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas perasmian pembukaan pasar raya pertama Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Wira Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai tua memaklumkan Kerajaan Negeri bakal membina dua lagi Pasar Raya Ehsan Mart di Pandan Indah dan Hulu Klang tahun ini.

“Kita akan secara perlahan-lahan mengurangkan JER untuk beri tumpuan buka pusat jualan seperti ini.

“JER akan ada, tetapi mungkin ikut permintaan seperti pada musim perayaan dan sebagainya,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda