Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penutup Bulan Kebangsaan SK Teluk Jamat Disambut Meriah

By 11 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Murid-murid, guru, dan waris Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Jamat hari ini bersemangat menyambut Penutup Bulan Kebangsaan 2024 sempena Program Jiwa Madani DUN Bukit Pinang.

Penyerahan Jalur Gemilang.

Kesemua murid, guru dan waris bersemangat memakai pakaian patriotik. Para murid mempamerkan semangat patriotik melalui persembahan tarian dan lakonan yang menonjolkan identiti negara serta semangat kemerdekaan.

“Semangat patriotik perlu sentiasa disemai bagi membina masyarakat yang cintakan negara,” kata Guru Besar Jamat Azhar Aziz.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti Kuiz Kenegaraan, Persembahan Murid-murid, Pakaian Patriotik Tercantik dan Replika Mercu Tanda, Basikal Merdeka, Wau Merdeka dan Pertandingan Mewarna.

Sketsa patriotik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda