
Laporan/foto: Nur Haziqah Zainon/Azmi Abd Majid (Kerian)
BAGAN SERAI, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Program JIWA@Kelab Malaysiaku bersempena Penutup Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serai, di sini semalam mendapat sambutan penuh semangat warga sekolah tersebut.

Pertandingan basikal berhias memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan SMK Bagan Serai.
Pengetua Yani Ramli, berkata program berbentuk kemerdekaan ini adalah satu program tahunan yang dijalankan setiap sekolah yang mana peranannya sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.
“Harapan saya agar kita dapat meningkatkan rasa cinta kepada negara selain memperkukuh semangat jati diri, patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Hal ini penting supaya perjuangan para pahlawan yang memperjuangkan kemerdekaan terus kekal dalam ingatan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pelbagai pertandingan telah dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan seperti mewarna, menghias kelas, basikal berhias dan nyanyian lagu patriotik.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Bulan Kebangsaan.
“Semua acara ini bersesuaian dengan objektif sekolah dalam menanam minat pelajar untuk mendalami dan menghayati makna kemerdekaan seterusnya berusaha untuk mengekalkan keamanan negara,” katanya.
-ZS-