
Laporan/foto: Ahmad Faisal/Nurizzati Hanis (Kuala Kangsar)
KUALA KANGSAR, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 300 penduduk sekitar Kati menjayakan acara 5,000 Langkah Sihat Jiwa Merdeka sempena Program JIWA Komuniti MADANI, di sini kelmarin.

Peserta warga emas menunjuk bakat dalam anyaman ketupat merdeka.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Pekan Kati Hamdan Mat Siat, program sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu bertujuan memperkukuh semangat perpaduan selain memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan.
“Program sebegini dapat menggalakkan penduduk setempat menyertai aktiviti kecergasan serta menghayati perasaan dan suasana kemerdekaan dalam diri setiap warga,” katanya.
Program anjuran Komuniti MADANI Pekan Kati dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kati tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk sepak bulu tangkis, anyaman ketupat merdeka, bina menara tertinggi, susun suai gambar dan senamrobik.

Ibu bapa menyertai anak-anak dalam permainan susun suai gambar.
-ZS-