
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 orang pelbagai kaum hadir memeriahkan Karnival Pesta Tanglung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, di sini semalam.
Program bermula pukul 8.00 malam itu anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Selayang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Antara orang ramai yang hadir memeriahkan Pesta Tanglung di SJKC Selayang Baru.
Antara pengisian adalah gerai jualan makanan, perarakan membawa tanglung, persembahan tarian dan nyanyian, pertunjukan seni pertahanan diri serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah termasuk sebuah motosikal.
Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, berkata beliau sangat gembira dengan kehadiran orang ramai ke program berkenaan.
“Ini menunjukkan perpaduan kaum semakin kukuh di bawah pentadbiran kerajaan madani.
“Jangan terpengaruh dengan pihak yang sentiasa menggunakan isu agama dan kaum untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Persembahan ‘mask changing’ mencuri perhatian hadirin.
Pesta Tanglung merupakan satu perayaan tradisional masyarakat Tionghua yang melambangkan penyatuan, cahaya harapan dan kebahagiaan.
Perayaan tersebut disambut pada hari ke-15 dalam bulan lapan kalendar Cina setiap tahun.
-ZS-