
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Saiful Nizal Ismail
LABUAN, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 300 sukarelawan badan kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meneruskan kerja-kerja sukarela membersihkan serta mengindahkan Pulau Rasukan Besar.

Para ahli Kelab Media Putrajaya membersihkan kawasan sekitar Pulau Rusukan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, berkata program tersebut merupakan kerja sama rakan strategik Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Perbadanan Labuan dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan menerusi tiga siri bermula 8 September lalu sehingga 28 September ini.
“Siri kedua pada 14 dan 15 September lalu melibatkan 70 orang sukarelawan yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan struktur dan pembersihan pulau termasuk kerja-kerja membaiki fasiliti sedia ada seperti anjung tinjau, jeti, tandas, dewan makan, melukis mural hiasan serta mengecat tempat penginapan,” katanya ketika ditemui media semalam.

Kerja-kerja pengindahan fasiliti Pulau Rusukan mampu merancakkan semula kedatangan pelancong ke pulau itu.
Tambahnya, program CSR itu turut membabitkan ahli-ahli Kelab Media Putrajaya (KMP), wakil Jabatan Penerangan serta pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
-ZS-