Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

SRA JAIM Bukti Keprihatinan Kerajaan Negeri

By 24 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Istana Melaka

MELAKA, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Rakyat Melaka menyaksikan satu lagi mercu tanda kebanggaan kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kampung Tersusun Bukit Larang, di sini semalam.

Tun Mohd Ali turut mengadakan lawatan ke salah satu bilik darjah sekolah.

SRA JAIM yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang dibina pada 21 Februari 2019 mengguna pakai peruntukan kerajaan negeri dengan kos sebanyak RM3.42 juta, berjaya disiapkan sepenuhnya pada 5 Mei 2021 diatas tanah rizab JAIM.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang mewakili Ketua Menteri Melaka Rahmad Mariman, sekolah ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 21 Mac 2022 yang mampu memuatkan seramai 414 orang murid bagi dua sesi dengan sembilan bilik darjah.

“Melalui kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di bawah peruntukan Asnaf telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tahunan kepada sekolah-sekolah agama JAIM melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan hampir RM4 juta setiap tahun.

Kehadiran orang ramai.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung melalui pembinaan bangunan ini dan diharapkan guru-guru dan murid-murid SRA JAIM diseluruh negeri Melaka sentiasa beriltizam untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan agama di negeri ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda