Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tayangan Filem ‘Takluk: Lahad Datu’ Beri Pengajaran Tentang Erti Pengorbanan Pasukan Keselamatan

By 3 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz (Kuala Terengganu)/Majlis Keselamatan Negara Terengganu 

KUALA TERENGGANU, 3 Okt – Tayangan filem ‘Takluk: Lahad Datu’ oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganusempena Program Semarak Cintakan Negara: Malaysia Tanah Berdaulat, di sini kelmarin memberi pengajaran tentang nilai pengorbanan kepada penonton yang hadir dengan penceritaan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

Filem ini memberi pengajaran tentang nilai pengorbanan dengan penceritaan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

Menurut Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Terengganu Wan Suhaini Wan Mohamad, tujuan program pada hari ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada anggota keselamatan negara yang berjuang dan mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Tayangan ini diharapkan dapat menggalakkan perpaduan antara masyarakat dan pihak berkuasa dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara serta dapat memupuk semangat patriotisme khususnya generasi muda untuk menghargai keamanan yang mereka nikmati dan memahami tanggungjawab menjaga kedaulatan negara,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Salah seorang penonton yang hadir Fatihayatul Sadi, 34, berkata melalui penceritaan filem ini anggota keselamatan bukan sahaja berkorban nyawa mereka malah terpaksa meninggalkan keluarga serta insan tersayang demi menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Antara penonton yang hadir adalah anggota keselamatan daripada Rejimen 512 (AW) Kem Padang Midin, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Terengganu.

“Perkara ini menunjukkan bahawa komitmen dan pengorbanan yang tinggi diperlukan oleh setiap anggota keselamatan negara dalam mempertahankan tanah air tercinta daripada diceroboh oleh pihak luar,” katanya.

Antara penonton yang hadir adalah anggota keselamatan daripada Rejimen 512 (AW) Kem Padang Midin, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Terengganu.

-ZD-

Tinggalkan komen anda