Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Transformasi Digital Teras Pulau Pinang Melangkah ke Arah Negeri Pintar

By 3 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md. Suhaimi/Shamsul Bahari Abdul Shukor

BUTTERWORTH, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang bertemakan ‘Transformasi Digital Teras Perancangan Negeri Pintar’ bertujuan meraikan peranan penting pengamal perancang bandar dalam memacu pembangunan mampan di negeri ini selari dengan visi untuk terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dalam kerangka Visi Penang2030.

Lebih 500 pengamal perancang bandar daripada pelbagai sektor kerajaan dan swasta berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang (PICCA), di sini hari ini sempena sambutan tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang hadir merasmikan majlis.

 

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, dalam ucapannya menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap pelaksanaan dasar dan projek berasaskan teknologi pintar.

“Aspirasi pentadbiran ini adalah untuk membentuk negeri pintar yang mampu memudahkan kehidupan harian rakyat serta meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya ketika merasmikan majlis.

HPBS 2024 yang diadakan menyerlahkan komitmen kerajaan negeri Pulau Pinang mengoptimumkan penggunaan teknologi digital sebagai asas utama dalam merancang bandar yang lebih pintar, berdaya tahan, inklusif dan mampan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Pulau Pinang antara penerima penghargaan HPBS 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Kemuncak majlis menyaksikan penghargaan diberikan kepada Mohamed Jamil Ahmad yang dinobatkan sebagai Tokoh Perancang Bandar atas jasa dan sumbangan besarnya dalam pembangunan negeri Pulau Pinang.

Selain itu, 14 jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut menerima penghargaan atas kerjasama mereka dalam merealisasikan pembangunan perancangan mampan di Pulau Pinang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda