Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program LeX Pupuk Pertukaran Idea Peserta

By 9 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 30 pelajar Politeknik Singapura bersama 30 peserta Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Jeli, Politeknik Bagan Datuk serta Kolej Komuniti Gerik menyertai Program Learning Express (LeX) Singapore Polytechnic bermula dari 30 September lalu hingga 11 Oktober ini.

PUO dalam satu kenyataan, berkata objektif program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasi konsep Design Thinking di lapangan dunia sebenar.

Mohd Noor Shahudin meninjau hasil projek peserta ketika hadir merasmikan penutupan program.

“Peserta mengaplikasi konsep reka bentuk pemikiran, melalui pendekatan empati terhadap masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh subjek sasaran untuk menghasilkan solusi yang efektif.

“Komunikasi dan kerjasama merentasi budaya, khususnya yang terjalin antara peserta dari Singapura dan Malaysia, menjadi elemen penting dalam program ini selain memupuk pertukaran idea dan mengetahui serta memahami budaya yang berbeza dalam kalangan peserta,” menurut kenyataan tersebut.

Tumpuan LeX 2024 terbahagi kepada tiga lokasi serta skop projek berbeza iaitu projek ternakan ikan di Kampung Jeli, Kelantan, projek ternakan rusa di Lenggong, Perak serta projek tanaman serai dan pengeluaran tempe di Changkat Jering, Perak.

Peserta turut berpeluang mempelajari budaya dan kehidupan seharian komuniti setempat.

Tambah PUO, pengalaman bergaul dengan komuniti setempat juga memberi peserta peluang mempelajari budaya dan rutin kehidupan seharian masyarakat setempat, memperkukuh empati dan tanggungjawab sosial.

“Program ini satu usaha melestarikan proses pertukaran ilmu serta mencetuskan hubungan kerjasama baharu dalam memperkasa program pendidikan TVET,” jelas PUO.

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohd Noor Shahudin di Kolej Komuniti Gerik, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda