Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

PAWE Platform Kesejahteraan Warga Emas

By 10 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Muhammad Syafiq

JELEBU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak sembilan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) hadir bagi memeriahkan sukaneka PAWE Negeri Sembilan bagi tahun 2024 di Stadium Kuala Klawang, di sini semalam.

Jumaah Mohammad Arif.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Rosnah Sardi ketika menyempurnakan majlis perasmian penutup, berkata penganjuran sukaneka ini bertujuan agar warga emas terus sihat dan aktif.

“Bertepatan dengan tujuan penubuhan PAWE itu sendiri dengan menyediakan platform bagi setiap warga emas di negara kita khususnya di Negeri Sembilan untuk terus aktif dan cergas

“Saya berharap agar program seumpama ini diteruskan agar di samping mengadakan aktiviti kesihatan ia turut mengeratkan silaturahim dan rangkaian sosial antara satu sama lain,” ujarnya.

PAWE Labu yang memenangi Acara Sepanduk Tercantik.

Salah seorang peserta Jumaah Mohammad Arif, 66,  berkata beliau menyertai program sukaneka atas semangat berpasukan dan bukannya untuk memenangi hadiah semata-mata.

-ZS-

Tinggalkan komen anda