Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Jiwa Madani Platform beri Kesedaran Bahaya Jenayah Siber

By 11 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohd Alihanafiah (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI yang berlangsung di Dewan Kecil Kampung Chikus, di sini kelmarin dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid prasekolah dan sekolah rendah, guru-guru, pemimpin masyarakat serta penduduk kampung.

Antara peserta program.

Inspektor Perancangan Strategik Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak Zunainah Halim, berkata Polis Diraja Malaysia melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi mengingatkan tentang bahaya jenayah siber namun masih ada segelintir masyarakat yang terus-menerus menjadi mangsa.

“Saya nasihatkan masyarakat agar tidak melayan panggilan atau mesej yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali kerana berkemungkinan panggilan atau mesej itu diterima daripada sindiket penipuan atas talian atau scammer.

“Jika mendapat panggilan daripada nombor-nombor yang mencurigakan, jangan angkat, abaikan sahaja,” katanya ketika menyampaikan taklimat.

Bagi Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Chikus Siti Noor Anishah Shareat, program yang diadakan amat bermanfaat apabila dapat dihadiri oleh komuniti kampung yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Para pelajar ketika mengikuti ‘Sesi 10 Minit Kraf’ bagi menghasilkan rantai kunci.

“Pendekatan Jabatan Penerangan dalam menyebarluaskan tentang isu semasa seperti jenayah siber ini adalah langkah yang baik dan sangat penting tatkala jenayah penipuan siber kian berleluasa.

“Secara tidak langsung, komuniti kampung yang kurang peka berkenaan isu ini dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman bagaimana untuk mencegah daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Selain taklimat berkenaan jenayah siber, program anjuran Pejabat Penerangan Daerah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Chikus itu turut menjadi platform perkongsian berkenaan kesan penggunaan gajet dan perkhidmatan perpustakaan digital negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda