Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Sifar Cicir: Peluang Pendidikan Semua Anak Malaysia

By 11 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhamisa Rapi/Sekolah Kebangsaan Manggis, Pitas (Sabah)

PITAS, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak di negara ini mendapat pendidikan yang berkualiti, Program Operasi Sifar Cicir (OPSICS) diadakan sebagai inisiatif strategik untuk mengurangkan keciciran pelajaran.

Kerjasama yang erat antara guru-guru, ibu bapa, komuniti setempat dan agensi kerajaan adalah penting untuk merealisasikan matlamat sifar cicir serta memastikan anak-anak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.

Malati (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama kakitangan Pegawai Pendidikan Daerah Pitas.

Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Harun Durabi menekankan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan usaha dan inisiatif kerajaan ini mencapai matlamatnya.

“Fenomena keciciran pelajaran adalah satu masalah yang serius dan memerlukan perhatian segera. Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh melalui program ini, kita berhasrat untuk mengenalpasti punca-punca keciciran ini dan menangani mereka secara berkesan.

“Ini kerana dalam keadaan tertentu, sesetengah murid mungkin terpaksa berhenti sekolah atas pelbagai faktor seperti kesulitan ekonomi, masalah keluarga, atau kesulitan geografi,” katanya ketika berucap pada Program OPSICS di Sekolah Kebangsaan Manggis, di sini pada Rabu.

Beliau berharap agar program ini mendapat sambutan baik, dengan harapan dapat melihat perubahan ketara dalam kadar keciciran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Suasana Program Operasi Sifar Cicir di Sekolah Kebangsaan Manggis, Pitas.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Mohamad Lahab Ebul.

Program OPSICS ini merupakan inisiatif dari pihak Pendidikan Daerah Pitas untuk menjejaki dan mengenal pasti kanak-kanak yang belum berdaftar serta yang tercicir pelajaran.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Malati Lajim, kakitangan Pendidikan Daerah Pitas, pengetua, guru besar dan ketua-ketua kampung Zon Manggis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda