
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
BANDAR BARU SELAYANG, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Gombak berlangsung meriah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini hari ini.

Peserta FAMA Fun Run memulakan larian sempena Sambutan HSN Daerah Gombak.
Seramai 2,000 warga Gombak yang terdiri daripada pelajar sekolah, ibu bapa dan pemimpin tempatan telah membanjiri Stadium MPS sejak pukul 6.30 pagi.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak Naresh Kumar Thangayah, sambutan yang diterima cukup luar biasa daripada peserta dan pengunjung.
“Pelbagai acara diadakan termasuk FAMA Fun Run yang dijayakan lebih 500 peserta, Jualan Agro Madani, pemeriksaan kesihatan, diskaun bayaran saman PDRM, pelbagai persembahan dan cabutan bertuah.
“Dianggarkan lebih 2,000 orang telah menjayakan HSN Daerah Gombak,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfaal Saari juga gembira dengan sambutan yang ditunjukkan masyarakat sekitar.

Peserta HSN Daerah Gombak sedang mengikuti acara aerobikdance.
“Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan HSN 2024 peringkat Daerah Gombak.
“Ini menunjukkan kecergasan dan kesukanan memang menjadi keutamaan masyarakat kita,” ujarnya.
-ZS-