Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Karnival Sukan Warga Emas Negeri Perlis 2024 Galak Budaya Hidup Aktif

By 14 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 150 orang golongan warga emas di negeri Perlis telah menjayakan Program Karnival Sukan Warga Emas dan Cakna Sihat Kanser Survivor Malaysia Tahun 2024 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya senaman chair robik, Pertandingan Sukan Tradisional, Saringan Kesihatan, Taklimat Pemakanan Sihat, Pertandingan Sepak Penalti dan Penyampaian Bantuan oleh Kanser Survivor Malaysia Kepada Warga Emas Pesakit Kanser.

Para peserta dan tetamu jemputan bergambar kenangan selepas selesai program..

Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling semasa berucap di majlis perasmian, berkata umum mengetahui Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2030 iaitu ditafsirkan warga emas sebagai golongan terbesar jika dibandingkan dengan golongan masyarakat lain.

“Sehubungan itu, usaha meningkatkan tahap kesihatan perlu dimulakan dari sekarang agar menjelang tahun 2030, negara memiliki golongan warga emas yang aktif dan sihat.

“Kerajaan amat memahami bahawa golongan warga emas juga merupakan sebahagian golongan penting dalam masyarakat yang mempunyai hak saksama menikmati dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan rekreasi,” katanya semalam.

Menueurnya kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan akan memberi perhatian khusus kepada golongan warga emas melalui penganjuran Karnival Sukan Warga Emas Negeri Perlis 2024.

Bantuan daripada Cancer Survivor Malaysia kepada pesakit-pesakit kanser di Perlis.

“Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di atas penganjuran program pada hari ini. Tidak lupa juga kepada NGO (peertubuhan bukan kerajaan) Cancer Survivor Malaysia (CSM) di atas usaha murni memperjuangkan nasib pejuang pejuang kanser di seluruh negara.

“Saya sentiasa mengagumi semangat juang yang ditunjukkan oleh pesakit kanser dan semoga semangat ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat negeri ini supaya terus berjuang dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang turut sama memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha mewujudkan warga emas yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat,” katanya.

Di majlis tersebut juga pihak CSM turut menyampaikan sumbangan kepada lebih tiga puluh orang pesakit kanser di Perlis .

Turut hadir Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis Fauzi Abdullah Saleh Pengerusi CSM Zuraini Kamal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda